Friday, 19 August 2011

http://darulruqiyyah.blogspot.com/
Anda boleh merujuk kepada blog ini..
jangan husha lebih-lebih,suka,like terus.jangan unlike balik.

Monday, 8 August 2011

Ibu Yang Tidak Pernah Kecewa

alt

Mungkin ramai yang sukar untuk percaya; walaupun beliau merupakan seorang ibu yang berkerjaya, beliau telah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke United Kingdom sekurang-kurangnya 4 kali dalam masa kurang dari setahun.
Kesemua perbelanjaan ditanggung sendiri dan bukanlah dibiayai oleh kerajaan.
Tatkala semua orang membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau membuat keputusan untuk menyambut hari mulia itu bersama anaknya di bumi asing United Kingdom.
Melalui keputusan itu, beliau boleh memasak lemang, rendag dan kuah kacang yang sangat dirindui oleh anaknya.
Saya masih ingat beberapa tahun lepas, saya telah berkata kepada diri sendiri bahawa apabila saya besar nanti, saya akan memiliki pekerjaan sendiri, kehidupan yang terjamin dan menjaga ibu saya.
Saya mahu berikan beliau kasih sayang sepertimana kasih sayang yang telah beliau curahkan kepada saya ketika saya kecil.
Walaubagaimanapun, Allah pastinya mempunyai perancangan tersendiri.
26 tahun telah berlalu, saya masih bergantung kepada ibu sepertimana saya masih kecil dulu.
Mengidap penyakit kanser membuatkan saya merasakan bahawa saya kembali menjadi seorang bayi, jika dilihat dari segi perhatian yang diberikan oleh ibu.
Ketika gatal di badan saya menyerang dan saya tak mampu untuk menahannya, ibu akan sentiasa membantu saya meletakkan ubat krim.
Selain itu beliau akan tolong garukan belakang saya supaya kegatalan itu reda.
Ketika saya rasa tak sedap badan dan sangat penat, ibu akan duduk di sebelah saya dan meletakkan tangannya di atas lengan saya. Bahasa badannya menyatakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.
Ketika saya batuk dengan teruk dan rasa tertekan dengannya, ibu akan mendekati saya dan beliau akan memeluk saya; pelukan yang saya sangat perlukan untuk terus kuat dan tabah.
Dan senarai itu berterusan.
Ketika ibu bertugas di luar daerah, selalunya saya akan turut bersamanya; samada saya akan menjadi pemandunya atau saya menemaninya di dalam pesawat.
Ibu sanggup membeli tiket kapal terbang tambahan jika perjalanan perlu menggunakan kapal udara itu.
Sepanjang beberapa bulan lepas, kami telah mengembara bersama-sama ke Langkawi, Kuantan, Seremban, Genting Highlands dan lain-lain lagi.
Saya akan bersama ibu setiap kali ibu 'outstation' kerana ibulah insan yang terbaik dalam menjaga anak lelaki yang berumur 26 tahun ini.
Beliau tahu apa makanan yang terbaik untuk saya, apa yang saya boleh buat dan tidak boleh buat, dan apa yang saya perlu lakukan apabila saya berhadapan dengan detik-detik yang sukar.
Kadangkala saya hairan dari mana ibu dapat tenaga, kesabaran dan kekuatan untuk terus cekal menjaga saya.
Cuba anda tanya siapa-siapa yang menjaga pesakit kanser dan anda akan faham maksud saya.
Ibu juga akan sentiasa pastikan bahawa beliau tidak akan menunjukkan muka marah di hadapan saya.
Beliau faham bahawa bagi pesakit kanser, tekanan dan nafsu amarah perlu diminimakan.
Kadangkala ibu akan buat jenaka. Ketika beliau berbual dengan rakan-rakan atau sanak-saudara, beliau akan mengatakan bahawa saya adalah 'bayi besar.'
Pastinya saya tidak ambil hati dengan panggilan itu malah saya bersetuju dengan ibu kerana saya rasa dimanjakan olehnya.
Saya selalu terkenang, bagaimana saya mampu untuk terus hidup tanpa bantuan ibu.
Saya akan sentiasa memberitahu diri saya bahawa saya ada Allah dan Allah sendiri sudah cukup bagi saya.
Tetapi saya akan terus berdoa agar Allah berikan kesihatan kepada kedua ibu-bapa saya dan seterusnya Allah memberikan kemampuan untuk mereka terus kuat menjaga 'bayi besar' mereka.
Saya tidak berapa pasti mengapa saya tulis akan perkara ini, tetapi saya merasa satu kekuatan untuk menulisnya sebagai tanda penghargaan yang amat mendalam terhadap ibu.
Dalam hidup saya, ibulah insan yang tidak pernah kecewa. Beliaulah insan yang memberikan saya kasih sayang tanpa syarat.
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, sayangilah ibu masing-masing dan janganlah sekali-kali melukakan hati mereka.
Beritahu ibu kita (mengikut cara masing-masing) bahawa kita sangat sayang kepada mereka dan tidak akan memperdagangkan ibu kita dengan apa pun di dunia ini.

jangan husha lebih-lebih,suka,like terus.jangan unlike balik.

Saturday, 6 August 2011

Had Kesabaran

Ha siapa yang tengah marah sekarang eloklah baca benda ini..
altApabila sahabat kita kehilangan dompet ketika menghadiri ceramah di masjid, kita pasti akan mengatakan,"Sabar ya awak, pasti ada hikmah di sebalik semua ini."
Apabila adik kita menerima keputusan peperiksaan yang agak kurang memuaskan, kita tidak pernah lupa untuk berpesan, "Sabar ya adik, cuba lagi untuk peperiksaan yang akan datang."
Apabila guru kita kehilangan suami yang tersayang dalam sebuah kemalangan, kita juga cuba berkata, "Sabar ya cikgu, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solehin."
Mudah, cukup mudah untuk kita menyarankan kepada mereka yang ditimpa kesusahan untuk bersabar. Bagaimana dengan kita? Cukup sabarkah apabila menerima teguran? Cukup sabarkah untuk menerima sebuah kehilangan? Cukup sabarkah untuk menerima kegagalan? Cukup sabarkah untuk menerima kemarahan?
Lain orang lain ujiannya, lain orang, lain bahagiannya, hatta, jangan lupa bahawa kesenangan juga sebenarnya memerlukan kita untuk bersabar.
Surah AlBaqarah, ayat 286 :
"Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."
Betapa penyayangnya Allah apabila memberi sesuatu sesuai dengan keadaan kita sendiri. Bahkan semua itu bukan sia-sia tanpa ada hikmah di sebaliknya. Jadi, frasa everything happen for good reasons juga adalah sangat tepat.
"Achik pernah dengar tak orang kata 'sabar pun ada hadnya'?" Abah memulakan bicara sambil memandu kereta dengan tenang. Saya mengangguk-angguk tanda mengiakan.
"Abah tak setuju dengan kata-kata macam itu, nak tahu kenapa?" sambung Abah lagi.
"Nak, nak!" saya menjawab dengan penuh teruja.
Mari kita rujuk kembali kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita pelajari dalam Fiqh Sirah Nabawiyyah. Ujian yang ditimpakan ke atas Baginda sangat hebat.
Kehilangan ayah sebelum dilahirkan, kematian ibu ketika masih kecil, datuk pula pergi menghadap yang Maha Esa ketika baru mahu bermanja, bapa saudara dijemput pulang ketika sedang menghadapi tekanan, kemuncak yang paling tinggi seterusnya pula ialah ketika Khadijah Binti Khuwailid dipanggil pulang oleh yang Maha Besar. Konklusinya, semua insan yang Baginda kasihi diambil kembali oleh Allah.
Belum lagi dikira ujian ketika mahu menyebarkan risalah-Nya. Dibaling najis, dihujani batu, dipulau oleh kaum sendiri, cedera dalam peperangan, dan macam-macam lagi. Zaman Baginda bukannya ada Facebook, YM, Skype, internet mahupun telefon bimbit seperti kita sekarang untuk digunakan bagi memudahkan penyebaran da'wah.
Namun berkat kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan kecekalan Baginda, Islam sampai kepada kita dan hari ini kita dapat mengenal Allah juga merasai indahnya Iman, alhamdulillah.
Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  Baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana Baginda merupakan seorang Rasulullah.
Sedarlah, Baginda juga manusia biasa seperti kita, yang membezakan cuma Baginda ditugaskan membawa risalah Allah serta mempunyai keimanan yang benar-benar mantap. Tambahan pula, ujian yang Baginda hadapi sesuai dengan kemampuan Baginda sendiri. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat, bukankah itu sifirnya?
"Sebab itu sabar sebenarnya tiada had, sabar itu indah, hanya kita yang perlu bijak memilih untuk sabar atau tidak," Abah menghabiskan tazkirah ringkasnya hari ini dengan senyuman.
"Kalau macam tu, Abah tak boleh marah-marah kitorang lagi lah kan?" saya mengusik.
"Itu dah masuk tarbiyatul awlad pulak, tak sama situasi," kata Abah meneruskan bicara.
"Hehe, baiklah Abah."
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyaipergantungan yang tinggi kepada-Nya, insya-Allah. Ingatlah bahawa kita ini hanyalah manusia yang fitrahnya lemah. Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t.
Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya!.

jangan husha lebih-lebih,suka,like terus.jangan unlike balik.