Thursday, 17 November 2011

PERTARUNGAN IMAN DAN NAFSU


alt
Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain?
Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri.
Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan?
Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan?
Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka memerlukannya?
Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan?
Tidak kiralah siapakah mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.
Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu, iaitu memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan Al-haqq 'Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Sabda Rasulullah SAW :
"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."
Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua diantara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.
Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.
Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.
Pertarungan antara iman dan nafsu!
Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih.
Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah SWT, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.
Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..
Hadis Rasulullah SAW:
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).
Selagi iman bertapak kukuh di hati, selagi iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.

jangan husha lebih-lebih,suka,like terus.jangan unlike balik.

Saturday, 1 October 2011

Peperangan bakal BERMULA

Selamat petang semua saya nk bg tau ni saya akan ada peperangan pada 4OKTOBER-11OKTOBER peperanagan ini sangat mengerunkan..saya harap korang dapat mendoakan saya okay..
Kepada semua yg nk menduduki pmr selamat maju jaya dan lulus dengan CEMERLANG..

Untuk kawan saya ASHRAF,HIDAYAT,SHAHRUL aq arap korang dapat jawab ngn selesa..


Tumblr_liao4iefdx1qg0x5oo1_500_large

jangan husha lebih-lebih,suka,like terus.jangan unlike balik.

Friday, 23 September 2011

Cerita sempoi aku

sky.

Haiii..Assalamualaikum dan ap kabar anda..?harini aq nk cite sikit pasal budak kelaz aq..diorang ni suka riuh twu..tapi keriuhan diorang lah yang membuatkan aku sangat menyayangi kelas tersebut..aku ad ramai kawan tapi kawan yang semasa senang jer lah..tapi kwan bila susah dan senang hingga aku sekarang ini 13 tahun x pernah aku jumpa lagi..haiiyyoo..Siapa nak jadi member senang dan susah aku..??
So,fikir-fikirkan dan selamat mencuba..

jangan husha lebih-lebih,suka,like terus.jangan unlike balik.